Friday, December 24, 2010

PIZZA GEBU

Salam semua... hari nie sempat buat pizza utk makan tengahari. walaupun anak-anak nie sibuk mengacau, tetap ku harunginya juga. Nasib lah ader cik 'KEN' saya nie yg banyak membantu memudahkan lagi kerja... :D Resepi doh 'cilok' dari dapur Cik Mat Gebu yg tersohor tuh. hihihiii... :D Cik Mat saya mintak izin letak resepi disini ye... Terima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu. 




Adunan nie menghasilkan 2 keping pizza yg agak besar. kalau nak makan sorg2 mesti tak larat! Jadi, sebaik2nya berilah pada nenek, mak, etc...




BAHAN DOH :
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner (tak letak yg nie)
1 camca teh bread improver



BAHAN-BAHAN ISIAN:
1/2 tin kecil sos spaghetti traditional (jenama PREGO)
6 batang chicken hotdog (dihiris)
10 biji cherry tomato (dibelah 2) 
Black Pepper secukup rasa
Keju Mozzarella (utk ditabur)


CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK DOH : Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN: Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA : Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
  3. UNTUK ISIAN: Bahan2 isian boleh mengikut citarasa anda. Boleh dipelbagaikan, yg penting kreatif.

No comments:

Post a Comment