Friday, December 31, 2010

CHOCOLATE CUSTARD PUDDING


 Salam semua... Petang nie tekak teringin nak makan benda yang manis-manis. Tempoh hari manis ada ke blog kak dayang jack ternampak pudding nie. Sungguh memanggil-manggil untuk mencubanya. Pudding nie sedap dimakan semasa sejuk. Apapun terima kasih kak dayang & manis mintak izin letak resepi disini ye!!! :)
Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang  makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

* Untuk hiasan, manis tidak menggunakan coklat urai. Sebaliknya, manis hiaskan dengan taburan cocoa powder. Nie semua terpulang pada creativity masing2. Selamat mencuba!!! :D

Tuesday, December 28, 2010

FUSION SPAGHETTI GORENG

Hari nie nak cerita pasal makanan barat. Boleh dikatakan ramai yang meminati makanan barat. Tetapi berlainan dengan selera my hubby... hihihiii... My hubby akan tetap cari nasi dan lauk-pauk melayu. Pendek kata my hubby nie tak reti makan luar. Kekadang tuh, pancit jugak. hihihi... Kalau makan pat luar pon mesti carik nasi jugak... alahai, ikut jelah. So hari nie, tekak rasa nak makan spaghetti... tp biler ingat my hubby nie tak berapa gemar western foods, bahan2 nak masak spaghetti nie pon kita ubah sana sini untuk mendapatkan citarasa melayu & barat. Maka terciptalah Fusion Spaghetti Goreng... Tak rugi untuk mencuba!!! :D






Bahan-bahan:
1 sudu besar cili giling 
2 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan* (*ditumbuk)

2 sudu besar spaghetti sos (you can use any sauce of your favorite brand. i use prego.)

5-10 biji tomato cherry
3 batang chicken hot dog (optional)
Minyak untuk menumis
Garam & Serbuk lada hitam secukup rasa


Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis kan bahan yg ditumbuk sehingga wangi, masukkan cili giling dan tumis hingga minyak terbit. Masukkan cherry tomato & hot dog. Kemudian masukkan spaghetti (yang telah di rebus brsama air & sedikit minyak. Supaya spaghetti tidak melekat.) & gaul sebati. Akhir sekali, bubuh garam dan lada hitam dan gaul sehingga rata.

Sunday, December 26, 2010

OLD SKOOL NASI GORENG

Nasi goreng sangat mudah & cepat untuk dimasak. Dan yang penting kalau ader nasi lebihan boleh lah digoreng. sungguh menjimatkan!!! Diluar sana saya pasti ramai yg mempunyai cara memasak nasi goreng dengan cara masing2. Apa pun nasi goreng memang enak dimakan bersama ikan bilis goreng & keropok. 




Bahan-bahan:
2 Sudu besar Cili giling (cili kering yg telah digiling)
3 Ulas Bawang Putih *
2 Ulas Bawang Besar *
Sedikit Belacan *
Ikan Bilis * (* ditumbuk)
1 Biji telur (dikocok sedikit)
Garam secukup rasa
Minyak masak (utk menumis )
Ikan bilis goreng
Keropok

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak hingga panas. Tumiskan bahan yg telah ditumbuk hingga wangi. kemudian masukkan cili giling dan terus menumis hingga garing (naik minyak). Setelah garing, masukkan nasi dan gaul hingga rata. Setelah sebati, ketepikan nasi dan letak sedikit minyak. Tuangkan telur yg telah dikocok, masukkan garam dan gaul hingga sebati.

Friday, December 24, 2010

PIZZA GEBU

Salam semua... hari nie sempat buat pizza utk makan tengahari. walaupun anak-anak nie sibuk mengacau, tetap ku harunginya juga. Nasib lah ader cik 'KEN' saya nie yg banyak membantu memudahkan lagi kerja... :D Resepi doh 'cilok' dari dapur Cik Mat Gebu yg tersohor tuh. hihihiii... :D Cik Mat saya mintak izin letak resepi disini ye... Terima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu. 




Adunan nie menghasilkan 2 keping pizza yg agak besar. kalau nak makan sorg2 mesti tak larat! Jadi, sebaik2nya berilah pada nenek, mak, etc...




BAHAN DOH :
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner (tak letak yg nie)
1 camca teh bread improver



BAHAN-BAHAN ISIAN:
1/2 tin kecil sos spaghetti traditional (jenama PREGO)
6 batang chicken hotdog (dihiris)
10 biji cherry tomato (dibelah 2) 
Black Pepper secukup rasa
Keju Mozzarella (utk ditabur)


CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK DOH : Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN: Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA : Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
  3. UNTUK ISIAN: Bahan2 isian boleh mengikut citarasa anda. Boleh dipelbagaikan, yg penting kreatif.