Friday, December 31, 2010

CHOCOLATE CUSTARD PUDDING


 Salam semua... Petang nie tekak teringin nak makan benda yang manis-manis. Tempoh hari manis ada ke blog kak dayang jack ternampak pudding nie. Sungguh memanggil-manggil untuk mencubanya. Pudding nie sedap dimakan semasa sejuk. Apapun terima kasih kak dayang & manis mintak izin letak resepi disini ye!!! :)
Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang  makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

* Untuk hiasan, manis tidak menggunakan coklat urai. Sebaliknya, manis hiaskan dengan taburan cocoa powder. Nie semua terpulang pada creativity masing2. Selamat mencuba!!! :D

No comments:

Post a Comment